Masjid ini pada asalnya adalah sebuah surau yang telah dibina
sendiri oleh ahli kariah Taman Serdang Raya pada tahun 1988 kerana
pihak pemaju tidak menyediakan kemudahan tersebut. Pada tahun 1990
surau ini telah diberi kebenaran untuk mendirikan solat Jumaat. Pada
tahun 1995 surau ini telah dinaiktaraf sebagai sebuah masjid
manakala tiga tahun kemudian masjid ini telah menerima peruntukan
sebanyak RM200,000 bagi tujuan pembesaran sempena Sukan Komanwel
(SUKOM)1998. Tapak masjid seluas 0.96 ekar dimana masjid sekarang
ini berdiri telah diwartakan pada 24 September, 2009 sebagai tapak
masjid yang sah milik Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Masjid ini
akhirnya telah didaftarkan sebagai sebuah masjid di bawah kelolaan
serta penyeliaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 6 Ogos
2010. Masjid ini sebenarnya merupakan satu-satunya masjid di dalam
Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Kembangan, Selangor. Oleh kerana
masjid tersebut tidak lagi dapat menampung peningkatan jumlah jemaah
yang berpunca dari kepesatan pembangunan kawasan industri yang
berlaku di persekitaran masjid serta pertumbuhan taman-taman
perumahan yang baharu maka Kerajaan negeri melalui JAIS telah pun
memperuntukan sejumlah RM7.6 juta bagi tujuan pembinaan sebuah
masjid baru al Islah di atas tapak yang sama tetapi dengan bangunan
tiga tingkat. Masjid baru ini telah mula digunakan pada bulan Ogos,
2017 dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaan para jemaah.
Pegawai dan Jawatankuasa Masjid
Masjid Al Islah Serdang Raya (2023-2025)